INSTITUSI PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH

Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Ipoh telah mula diasaskan di Kangar, Perak.






Pengetua pertama institut ini ialah Encik Abu Bakar bin Don dan Naib Pengetua ialah Encik Khalil Shah bin Jamaludin. Bilangan pensyarah pada ketika itu ialah seramai 13 orang.







Pada 1 Januari 1977, institut ini telah dipindahkan ke Ipoh dengan menumpang bangunan Institut Perguruan Kinta di Jalan Dairy, Ipoh. 



Pada 1 April 1977, institut ini telah berpindah ke kampus sementara di Kampung Dato' Ahmad Said, Manjoi, Ipoh dan dikenali sebagai Maktab Perguruan Ipoh (Baru). 



Kampus tetap di kawasan seluas 42.5 hektar di Hulu Kinta siap pada 1 Jun 1983 dan sekali lagi institut ini berpindah dan kekal sehingga sekarang. 



Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh ini telah dirasmikan pada 2 Mei 1987 oleh Y.B. Dato' Seri Anwar Ibrahim, Menteri Pendidikan pada ketika itu.





















Pada masa kini, Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh telah berkembang maju di bawah pimpinan pengarah Tuan Hj. Kamarulizham bin Hazizi yang merupakan pengarah institut pada ketika ini.







IPG Kampus Ipoh menawarkan kursus berkaitan perguruan meliputi Program Ijazah Sarjana Muda Keguruan (PISMK) yang mana bekerjasama dengan Universiti Terbuka Malaysia (OUM), Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP), Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI), Kursus Sijil Perguruan Khas (KSPK), Kursus Dalam Perkhidmatan Malaysia (KDPM), Kursus Dalam Cuti (KDC) dan sebagainya.




                                                                                            ( Dipetik daripada https://goo.gl/n14xhL )

No comments:

Post a Comment

INSTITUSI PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH

Institut Pendidikan Guru  (IPG) Kampus   Ipoh   telah mula diasaskan di  Kangar , Perak. Pengetua pertama institut ini ialah Enc...